Rabu, 18 April 2018

7 Tips PASTI ANAK anda TIDAK LUPA MATEMATIK.


Harini sy nak kongsikan 7 Tips TIDAK LUPA Apa Yang Cikgu Ajar Matematik Dalam kelas.Tips ini sy tujukan khas untuk ANAK anda

7 Tips TIDAK LUPA Apa Yang Cikgu Ajar Matematik Dalam kelas

TIPS #1# ABAIKAN SEMUA YANG LAIN - Apabila Cikgu mula mengajar sahaja, hentikan semua perkara lain. Berhenti cari buku, berhenti asah pensel, berhenti suruh orang diam dan berhenti mengikat tali kasut. Beri tumpuan 500% kepada penerangan guru.Inilah RAHSIA PALING BESAR pelajar yang cemerlang dalam MATEMATIK!

TIPS #2# TEKA,APA CIKGU MAHU AJAR - Sebelum cikgu mula mengajar satu topik baru,tanya dalam minda
  • Topik ini berkenaan apa?
  • Apa yang penting agaknya dalam topik ini?
  • Topik ini ada kaitan atau tidak dengan topik sebelum ini.
Lebih banyak soalan dalam minda sebelum cikgu bermula ,LEBIH BAGUS

TIPS #3# CONTENG KERTAS KOSONG - Semasa cikgu mengajar,jika ada soalan keluar dalam minda mengenai apa yang tidak faham, CONTENGKAN di atas kertas kosong.YA CONTENGKAN! Apa yang faham semasa cikgu mengajar contengkan juga.

TIPS #4# BAYANGKAN APA YANG CIKGU SEDANG AJAR - Jika kita TIDAK BAYANGKAN apa yang cikgu sedang ajar,kita akan terbayangkan perkara lain. Membayangkan perkara selain apa yang cikgu ajar inilah yang dinamakan berangan-angan atau khayal dalam kelas. Bayangkan dapat melihat apa yang cikgu sedang terangkan dan apa yang cikgu sedang ceritakan.

TIPS #5# CEPAT-CEPAT BUAT LATIHAN - Soalan daripada latihan matematik boleh menentukan samaada kita faham atau tidak. Untuk Matematik Soalan Peperiksaan Percubaan dan peperiksaan Sebenar tahun-tahun lepas sudah memadai. Lebih banyak kita FAHAM,lebih banyak kita akan INGAT. Apabila terjumpa soalan yang tidak dapat dijawab,tuliskan soalan diatas kertas untuk ditanyakan kepada cikgu atau rakan.

TIPS #6# MINTA BANTUAN CIKGU SETELAH MENCUBA SAHAJA - Ada pelajar bertanya cikgu sebelum dia cuba menjawab soalan itu bersungguh sungguh dahulu. Ini menyebabkan pelajar mudah LUPA.CARA YANG BETUL buat dulu, fikir dulu dan jawab dulu soalan tersebut dengan bersungguh-sungguh,kemudian barulah bertanya.

TIPS #7# BACA SEMULA APA CIKGU AJAR SEBELUM 48 JAM

Kajian Saintis mengatakan bahawa jika pelajar belajar 10 perkara hari ini, mereka akan lupa 9 daripadanya selepas 2 hari.Ya SELEPAS 2 HARI. Cara mengatasinya ialah selepas belajar satu topik baru, sebelum 2 hari berakhir, baca semula atau ulangkaji semula. Kita akan lebih mudah ingat dan pasti TIDAK MUDAH LUPA!

semoga berjaya..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan