Assalamualaikum dan salam sejahtera … saya nak share teknik dan cara belajar matematik supaya pelajar dapat score A dlm subjek ni..
Utk dapat result macam ni perlukan kepada teknik dan cara belajar subjek matematik dengan betul..
1. FOKUS DALAM KELAS
Otak manusia perlu fokus hanya pada satu perkara sekiranya dia ingin mencerap semua fakta ke bahagian ingatannya.. so fokus adalah perkara utama yg wajib dilakukan semasa belajar matematik dlm kelas. Fokus mcm mana jalan kira sesuatu soalan yg diberi oleh guru. Bila kita fokus, kita tahu di mana yg kita x faham & di mana yg kita faham. Kalau x faham, tanda siap² dan bersedia utk pergi berjumpa guru..
2. WAJIB LATIHAN MATEMATIK 1 JAM 30 MINIT SETIAP HARI..
Selalu mesti akan ada suara² negatif akan ckp.. eh x sempatla nak buat latihan.. banyak kerja sekolah.. nak study subjek lain lagi…
Ketepikan semua suara² negatif tersebut. Apa yg wajib kita buat, schedule kan waktu bila latihan matematik wajib di buat. Saya suka letakkan masa study matematik saya adalah dari pukul 12 mlm – 1.30 pagi.. sbbnya time ni dah study akhir. Jadi saya wajibkan buat latihan soalan matematik dalam 5 soalan yg baru dipelajari di sekolah..
Matematik adalah subjek mengira. Jika kita hanya membaca formula dan gerak kerja hitungan, kita tdk mampu pergi dgn lebih lanjut. So mesti wajib buat LATIHAN MATEMATIK SETIAP HARI.. dont ever to miss dari buat latihan… MATEMATIK ADALAH SUBJEK YG MESTI DIBUAT LATIHAN SETIAP HARI utk mengelakkan lupa disamping melatih otak utk aktif bekerja dalam proses gerak kerja operasi mengira..
3. WAJIB ADA CIKGU @ RAKAN BERBINCANG..
Soalan² matematik selalunya mencabar dan memerlukan proses berfikir luar dari kebiasaan. Ini kerana matematik adalah subjek untuk menyelesaikan masalah. Dan juga matematik adalah subjek BERFIKIR. Bagi pelajar yg boleh berfikir LUAR KEBIASAAN, insyaallah dia mesti mampu selesaikan jalan kira matematik. Sebaliknya kalau pelajar tersebut tidak mampu berfikir lebih dari biasa, itu yg problem baginya.. time ni dia akan fikir susahnya belajar matematik..
So apa yg perlu buat adalah, wujudkan rakan khas utk belajar matematik. Wujudkan di sekolah. Di sekolah, share dgn rakan yg bijak matematik kenapa kita x mampu jawab soalan tersebut. Minta kawan tunjukkan cara berfikir utk solve soalan. Bkn bermakna mnta kawan buatkan, sebaliknya minta kwn ajar proses berfikir utk selesaikan soalan matematik tersebut..
Habit saya masa zaman sekolah dulu… sekiranya saya tak faham soalan² yg saya buat, esk nya saya akan bawa soalan tu dan pergi jumpa guru. Yes.. memang habit saya jumpa cikgu. Saya tanda soalan² yg sy buat stiap malam tu then mnta ckgu bagi idea utk pengiraan tersebut. So saya sentiasa di landasan yg betul… means klau x tahu,saya minta cikgu fahamkan saya .. Sebab tu saya ada banyak IDEA utk menjawab soalan yang bermasalah.. bukan sekadar soalan biasa.
4. LATIHAN SOALAN MATEMATIK YANG SUSAH & MENCABAR MINDA
Saya sangat suka buat LATIHAN bagi soalan² yg mencabar minda saya.. saya suka soalan yg perlukan saya berfikir luar dari biasa.
Akibat dan kesannya ialah… kita @ pelajar akan terbiasa dan terdedah dengan soalan yg mencabar minda dan susah. So bila exam nanti, kita sudah biasa utk menjawab soalan susah. Soalan exam selalunya lebih mudah daripada level susah tu.. sbb soalan exam perlukan keseimbangan antara susah dan senang.
Jadi sudah tentu soalan yg senang kita mudah buat sbb selalu kita buat latihan utk soalan yg susah.. At the same time, soalan exam yang susah pun mudah utk diselesaikan oleh kita… itulah trick dan cara seorang pelajar belajar subjek matematik… BUAT LATIHAN bagi SOALAN SUSAH.
5. FORMULA MATEMATIK
Perkara ni wajib bagi pelajar hafal dan ingat.. ye. sbb pelajar tidak dapat lari daripada formula matematik… formula matematik perlu digunakan dlm setiap operasi hitungan matematik. Biasakan diri menghafal formula matematik.. penting sangat utk score A…
6. TIPS AKHIR : TANAMKAN DALAM DIRI DAN MINDA PARA PELAJAR BAHAWSANYA BELAJAR MATEMATIK AMAT MUDAH
Yakinkan diri bahawa belajar matematik amat mudah. Bila minda dan pemikiran cakap mudah, so bila cikgu ajar subjek matematik, diri akan rasa gembira dan enjoy nak belajar.. bila enjoy belajar matematik, baru mudah nak kuasai silibus yg diajar guru… bila mudah kuasai.. baru rasa seronok belajar. Walaupun rasa susahnya jalan kira yg cikgu ajar tu… just rasa susah tapi SET KAN DLM MINDA… “senang je ni sebab aku boleh belajar jalan kiranya. Dah tahu jalan kira, mudahla”….
So BELAJAR MATEMATIK MUDAH BILA KENA DENGAN TEKNIKNYA. SAYA SUKA MATEMATIK..