Memaparkan catatan dengan label Math. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Math. Papar semua catatan

Rabu, 18 April 2018

7 Tips PASTI ANAK anda TIDAK LUPA MATEMATIK.


Harini sy nak kongsikan 7 Tips TIDAK LUPA Apa Yang Cikgu Ajar Matematik Dalam kelas.Tips ini sy tujukan khas untuk ANAK anda

7 Tips TIDAK LUPA Apa Yang Cikgu Ajar Matematik Dalam kelas

TIPS #1# ABAIKAN SEMUA YANG LAIN - Apabila Cikgu mula mengajar sahaja, hentikan semua perkara lain. Berhenti cari buku, berhenti asah pensel, berhenti suruh orang diam dan berhenti mengikat tali kasut. Beri tumpuan 500% kepada penerangan guru.Inilah RAHSIA PALING BESAR pelajar yang cemerlang dalam MATEMATIK!

TIPS #2# TEKA,APA CIKGU MAHU AJAR - Sebelum cikgu mula mengajar satu topik baru,tanya dalam minda
  • Topik ini berkenaan apa?
  • Apa yang penting agaknya dalam topik ini?
  • Topik ini ada kaitan atau tidak dengan topik sebelum ini.
Lebih banyak soalan dalam minda sebelum cikgu bermula ,LEBIH BAGUS

TIPS #3# CONTENG KERTAS KOSONG - Semasa cikgu mengajar,jika ada soalan keluar dalam minda mengenai apa yang tidak faham, CONTENGKAN di atas kertas kosong.YA CONTENGKAN! Apa yang faham semasa cikgu mengajar contengkan juga.

TIPS #4# BAYANGKAN APA YANG CIKGU SEDANG AJAR - Jika kita TIDAK BAYANGKAN apa yang cikgu sedang ajar,kita akan terbayangkan perkara lain. Membayangkan perkara selain apa yang cikgu ajar inilah yang dinamakan berangan-angan atau khayal dalam kelas. Bayangkan dapat melihat apa yang cikgu sedang terangkan dan apa yang cikgu sedang ceritakan.

TIPS #5# CEPAT-CEPAT BUAT LATIHAN - Soalan daripada latihan matematik boleh menentukan samaada kita faham atau tidak. Untuk Matematik Soalan Peperiksaan Percubaan dan peperiksaan Sebenar tahun-tahun lepas sudah memadai. Lebih banyak kita FAHAM,lebih banyak kita akan INGAT. Apabila terjumpa soalan yang tidak dapat dijawab,tuliskan soalan diatas kertas untuk ditanyakan kepada cikgu atau rakan.

TIPS #6# MINTA BANTUAN CIKGU SETELAH MENCUBA SAHAJA - Ada pelajar bertanya cikgu sebelum dia cuba menjawab soalan itu bersungguh sungguh dahulu. Ini menyebabkan pelajar mudah LUPA.CARA YANG BETUL buat dulu, fikir dulu dan jawab dulu soalan tersebut dengan bersungguh-sungguh,kemudian barulah bertanya.

TIPS #7# BACA SEMULA APA CIKGU AJAR SEBELUM 48 JAM

Kajian Saintis mengatakan bahawa jika pelajar belajar 10 perkara hari ini, mereka akan lupa 9 daripadanya selepas 2 hari.Ya SELEPAS 2 HARI. Cara mengatasinya ialah selepas belajar satu topik baru, sebelum 2 hari berakhir, baca semula atau ulangkaji semula. Kita akan lebih mudah ingat dan pasti TIDAK MUDAH LUPA!

semoga berjaya..




Isnin, 25 September 2017

4 konsep matematik



Pernah dengar 4 benda ni?
  • Arithmetic
  • Algebra
  • Geometry 
  • Calculus

Ini ialah 4 konsep matematik yang anda belajar dari darjah 1 sampai universiti. Hadam 4 benda ni, insyaallah bijak jadinya sebab nak hafal formula pun dah susah. 

X itu, Y ini, N itu ini. Fuhh,  saya hampir gagal matematik dulu~

4 konsep matematik ni dah dipermudahkan dalam 30 Teknik Operasi Matematik

Panduan ni sesuai untuk :
  • Cikgu matematik 
  • Student darjah 4 hingga universiti
  • Pensyarah matematik
  • Ibu bapa yang nak anak terer matematik
  • Ibu bapa yang lemah matematik
  • Usahawan yang lemah kira-kira
  • Marketing & sales team yang lemah kira-kira

Senang kata, kalau anda lemah dalam perkiraan, terpaksa buka kalkulator untuk buat kira-kira keuntungan, maka panduan ni sesuai untuk anda.


Isnin, 7 Ogos 2017

Lemah dalam kira-kira?


Sahabat saya ada membuat satu panduan mengira pantas di dalam matematik. Dah lama saya cari panduan matematik macam ni, dulu pernah jumpa tapi sikit sangat, akhirnya dapat tau juge teknik ni.

Rupanya mudah sahaja subjek Matematik ni, boleh berlatih dengan anak-anak di masa lapang. Kalau selalu berlatih ada harapan dapat A. 

Terdapat 30 teknik yang disediakan. Sehari belajar 1 teknik pun dah cukup bagus dah...Practise makes perfect orang putih kata. Formula yang ditunjukkan pun sangat mudah dan sesuai.

Bak kata orang tak cuba tak tau....Lagipun panduan matematik ni boleh digunakan sampai bila-bila betul tak?