Isnin, 19 Jun 2017

Anak Anda Lemah matematik Dalam Kes yang mana?


Lemah matematik sebenarnya terlalu umum…ianya sama seperti kita berjumpa doktok dan memaklumkan anak kita sakit…Persoalannya…Anak kita sakit apa? Kat mana?

Sakit demam tak sama dengan sakit gigi ….ubatnya juga berbeza…

Matematik ada seni dan gayanya …. Untuk menguasai perlu mengikut salur galur seperti berikut
  1. Menguasai asas matematik (contohnya minta bundarkan, tukarkan , tulis dalam perkataan)
  2. Menguasai sifir matematik
  3. Menguasai soalan berbentuk operasi seperti tambah, tolak, bahagi dan darab
  4. Menguasai soalan kemahiran berfikir

Matematik adalah subjek yang berkait-kait…..hilang focus sedikit akan menjejaskan keseluruhan bab tersebut ….

Majoriti anak lemah soalan berbentuk ayat yang panjang-panjang… dimana mereka perlu menguasai kemahiran berfikir

Tak mengapa …. Anda boleh bantu anak anda menguasai matematik soalan berbentuk penyelesaian masalah sekarang dengan Soalan Ramalan Maths Catch 

Ahad, 18 Jun 2017

5 SUSUR GALUR MENGUASAI MATEMATIK


Adakah Puan mempunyai anak yang masih bersekolah UPSR,PT3,SPM dan ada beberapa masalah dalam Matematik?

Nak tak saya berikan beberapa tips mudah berkaitan matematik ini.Mohon luangkan masa 5 minit untuk saya terangkan.Saya terangkan dalam bentuk langkah.

Langkah 1 : Kenal Pasti Masalah anak dalam kategori mana

Untuk menguasai Matematik ada 5 Susur Galur Penting yang anak Puan perlu tahu dan faham.

PERTAMA : Kuasai Asas Matematik berbentuk Nombor contohnya turutan menaik ,menurun,ganjil genap dan lain-lain.

KEDUA : Kuasai Fakta Asas dan Operasi Matematik contohnya tambah tolak , bundarkan,tukarkan,tuliskan,membaca jam, membaca timbangan dan seumpamanya

KETIGA : Kuasai Asas Sifir Matematik

KEEMPAT : Kuasai Soalan Berbentuk Penyelesaian Masalah

KELIMA : Kuasai Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Langkah2 : Puan perlu tahu dimana kelemahan anak paling utama dahulu.Lihat dari 5 susur galur diatas anak lemah yang mana satu?

Langkah 3: Barulah Puan berikan anak buat latihtubi secara BERFOKUS mengikut kategori kelemahannya.

  • Barulah beli buku yang bersesuaian dan KHUSUS mengikut kategori yang mereka lemah.
  • Barulah hantarkan anak ke bengkel atau seminar yang khusus mengikut kategori yang mereka lemah.