Halaman

Ahad, 18 Jun 2017

5 SUSUR GALUR MENGUASAI MATEMATIK


Adakah Puan mempunyai anak yang masih bersekolah UPSR,PT3,SPM dan ada beberapa masalah dalam Matematik?

Nak tak saya berikan beberapa tips mudah berkaitan matematik ini.Mohon luangkan masa 5 minit untuk saya terangkan.Saya terangkan dalam bentuk langkah.

Langkah 1 : Kenal Pasti Masalah anak dalam kategori mana

Untuk menguasai Matematik ada 5 Susur Galur Penting yang anak Puan perlu tahu dan faham.

PERTAMA : Kuasai Asas Matematik berbentuk Nombor contohnya turutan menaik ,menurun,ganjil genap dan lain-lain.

KEDUA : Kuasai Fakta Asas dan Operasi Matematik contohnya tambah tolak , bundarkan,tukarkan,tuliskan,membaca jam, membaca timbangan dan seumpamanya

KETIGA : Kuasai Asas Sifir Matematik

KEEMPAT : Kuasai Soalan Berbentuk Penyelesaian Masalah

KELIMA : Kuasai Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Langkah2 : Puan perlu tahu dimana kelemahan anak paling utama dahulu.Lihat dari 5 susur galur diatas anak lemah yang mana satu?

Langkah 3: Barulah Puan berikan anak buat latihtubi secara BERFOKUS mengikut kategori kelemahannya.

  • Barulah beli buku yang bersesuaian dan KHUSUS mengikut kategori yang mereka lemah.
  • Barulah hantarkan anak ke bengkel atau seminar yang khusus mengikut kategori yang mereka lemah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan